Aku meditasi dalam keriuhan kebingungan
Terjun, kata Mereka. Terjun!
Maka Aku Terjun.
Fluks masa dan ruang menelanku
-dalam kelajuan cahaya itu aku terapung
Seram-Sejuk-Pedih-Nikmat-Gelap-Terang
Tembakan bintang-bintang pancawarna lurus memancar kelilingku
Di sini mulanya carikkan roh dari jasadku
Tapi aku gelisah dalam kengerian berat graviti ini
Kerana, ada ketenangan
– Memori.
Singulariti titik-titik keindahan, kebebasan
Jelasnya – seakan supernova sekelip mata
Kelirunya – akan seperti terbitnya cahaya Oksidental
Ku rapatkannya ke dada dan senyuman tersimpul
Tercerna jua ia dalam kekesalan yang mahaberat
Maka tercerailah aku dari rohku itu
Terledaklah ia dalam rusuk busukku yang kosong
---
Tapi Aku terus hidup.
Atau ….
Sunday, 4 April 2010
Bunuh roh itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment